BM | EN | 中文

Dua cedera parah kemalangan dekat Danga Bay

kenderaan-accident-01-scaled.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 1 JAN: Dua cedera parah akibat tersepit, manakala seorang lagi cedera pada bahagian kaki selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan jenis Honda Civic dekat Country Garden, Danga Bay pagi ini.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Larkin, Lasidin Nariano berkata, dalam kejadian jam 5.46 pagi itu, mangsa adalah pemandu dan penumpang kereta pertama dikenalpasti sebagai Kussheeran Paramanandan, 26 tahun dan seorang penumpang wanita yang masih belum dikenalpasti identiti.

Manakala, seorang lagi pemandu kereta Honda Civic, Chok Zhen Hao, 25 tahun yang berasal dari Skudai cedera pada bahagian kaki.

Advertisement

“Setibanya ke tempat kejadian didapati berlaku kemalangan jalan raya melibatkan dua buah kereta jenis Honda Civic.

“Kedua-dua kenderaan dari bandar menghala ke Skudai. Terdapat dua mangsa tersepit dikeluarkan oleh pihak Bomba dalam masa 5 minit,” katanya dalam satu kenyataan.

Operasi tersebut dibantu sembilan anggota disertai satu jentera bomba dan pasukan perawatan kecemasan awal (EMRS) dan tamat sejam kemudian.
Ketiga-tiga mangsa kemudiannya diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malayasia (KKM) untuk tindakan lanjut.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top