BM | EN | 中文

Dua bot karam, satu hampir tenggelam di perairan Pulau Pisang, Pontian

Dua-bot-karam-satu-hampir-tenggelam-di-perairan-Pulau-Pisang.png

Gambar Ehsan Bernama

Advertisement

PONTIAN, 12 NOV: Dua buah bot ‘barter trade’ (tukar barang) membawa muatan kelapa dilaporkan karam, manakala sebuah lagi bot hampir tenggelam akibat cuaca buruk di perairan Pulau Pisang, Rabu lalu.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Johor, Laksamana Pertama Maritim, Nurul Hizam Zakaria berkata, bagaimanapun 27 kru terdiri daripada warga Indonesia itu berjaya diselamatkan.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat dilakukan sebaik sahaja Zon Maritim Batu Pahat menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 11.00 pagi.

Advertisement

“Ejen bot ‘barter trade’ terbabit memaklumkan tiga buah bot ‘barter trade’ syarikatnya iaitu KLM Budiman, KLM Alam Makmur dan KLM Firman Jaya 3 telah mengalami kecemasan di laut.

“Tiga bot ronda Maritim Malaysia telah diatur gerak serta-merta ke lokasi bagi melaksanakan misi mencari dan menyelamat,” katanya menerusi kenyataan semalam.

Menurut Nurul Hizam, pihaknya seterusnya menerima maklumat pada jam 12.37 tengah hari berhubung bot KLM Budiman telah dijumpai dan hampir tenggelam di kedudukan 8.1 batu nautika Tanjung Laboh oleh sebuah kapal kargo yang berada berhampiran.

Advertisement

“Sekitar jam 12.57 tengah hari, Jabatan Laut Wilayah Selatan memaklumkan penemuan tujuh kru KLM Alam Makmur oleh sebuah kapal pasir di kedudukan 7.4 batu nautika barat daya Pulau Pisang.

“KLM Alam Makmur pula dilaporkan telah karam di lokasi yang tidak diketahui kedudukannya akibat cuaca buruk,” katanya.

Terdahulu Nurul Hizam dilaporkan Sinar Harian berkata pada jam 3.45 petang, pihaknya menerima maklumat mengenai 10 kru KLM Firman Jaya 3 telah diselamatkan oleh sebuah bot ‘barter trade’ berhampiran dan telah dibawa ke Tanjung Balai, Indonesia.

Advertisement

“Namun KLM Firman Jaya 3 juga telah karam di lokasi yang tidak diketahui kedudukannya akibat cuaca buruk.

“Operasi mencari dan menyelamat ditamatkan jam 5.30 petang, Rabu,” katanya

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top