BM | EN | 中文

DUA BERANAK MAUT DALAM KEMALANGAN

iswara-accident-1.jpg

Kemalangan membabitkan dua buah kenderaan yang berlaku di Jalan Masjid, Pasir Gudang, pagi tadi.

Advertisement

PASIR GUDANG, 19 DIS : Dua beranak maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan yang berlaku di Jalan Masjid, Taman Dahlia di sini, pagi tadi.

Kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu menyebabkan mangsa, Mohd Izuan Isahak, 33 dan anaknya Muhammad Eijaz Firdaus Izuan, 2 dari Felda Cahaya Baru Masai maut di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Ismail Dollah berkata, kemalangan melibatkan Proton Iswara dan Honda Civic.

Advertisement

“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku dari arah Taman Scientex menghala ke Pusat Bandar Pasir Gudang.

“Apabila sampai ditempat kejadian tiba-tiba Proton Iswara dari arah Pusat Bandar Pasir Gudang telah hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan. Kereta Honda Civic tidak sempat mengelak telah berlanggar dengan Proton Iswara.

“Akibat daripada perlanggaran tersebut Muhammad Eijaz Firdaus telah cedera parah bahagian kepala dan meninggal dunia ditempat kejadian,”katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Advertisement

Tambahnya, Mohd Izuan disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI).

Jelasnya, seorang lagi penumpang Proton Iswara berusia sembilan bulan mengalami luka di bahagian kepala dan telah dibawa ke HSI.

“Manakala pemandu Honda Civic lelaki India berusia 40 tahun dibawa ke Hospital Regency untuk menerima rawatan.

Advertisement

“Tiada kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian. Tiada saksi bebas yang hadir membuat laporan. Siasatan dijalankan di bawah Sek 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Siasatan lanjut masih diteruskan. Polis menasihat semua penguna jalanraya supaya lebih berhati-hati semasa memandu di jalanraya ketika berada diselekoh dan utamakan keselamatan,” katanya lagi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top