BM | EN | 中文

Dua beranak cari kepah di Muar dikhuatiri lemas

Dua-beranak-cari-kepah-di-laut-dikhuatiri-lemas.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 20 SEPT: Dua beranak dikhuatiri lemas selepas dilaporkan hilang ketika sedang mencari kepah di kawasan persisiran pantai Tanjung Emas, Muar, dekat sini, petang semalam.

Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Muar, Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB) Mohd Jefri Jamal, kedua-dua mangsa dikenali sebagai Zainal Jermal, 61, dan anaknya Muhammad Azwan, 25.

Beliau berkata dua beranak itu dikatakan turun ke kawasan persisiran pantai itu bersama dua lagi rakan menggunakan sebuah bot untuk mencari kepah di laut.

Advertisement

“Bagaimanapun, ketika berada di laut, Zainal dilaporkan terjatuh daripada bot, menyebabkan anaknya terjun ke laut untuk menyelamatkan ayahnya tetapi selepas itu, kedua-duanya tidak kelihatan manakala dua rakan mereka terselamat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd Jefri berkata 20 anggota bersama dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) serta sebuah bot bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 4.06 petang.

Operasi mencari dan menyelamat turut melibatkan anggota dan aset daripada agensi lain iaitu polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dijalankan dalam radius dua batu nautika dari tempat kedua-dua mangsa dilaporkan hilang.

Advertisement

“Operasi hari ini ditamatkan pada pukul 7.10 malam dan akan disambung pada 7 pagi esok, melibatkan kawasan pencarian yang lebih luas,” katanya.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top