DUA ARTIS POPULAR ANGKAT SUMPAH DPR HARI INI

DUA ARTIS POPULAR ANGKAT SUMPAH DPR HARI INI

JOHOR BAHRU, 1 OKT – Krisdayanti dan Mulan Jameela antara 575 anggota Dewan Perwakilan (DPR) yang mengangkat sumpah sebagai anggota parlimen Indonesia, pagi tadi.

Krisdayanti, artis yang popular di Malaysia dengan lagu Menghitung Hari bertanding sebagai calon Partai Demokrasi Indonesia-Perjuangan (PDI-P) mewakili DPR Jawa Timur V.

Manakala Mulan, yang juga isteri Ahmad Dhani bertanding sebagai calon Partai Gerakan Indonesia Raya mewakili Jawa Barat XI.

Kedua-dua artis ini memenangi pilihan raya Indonesia pada 17 April lepas membolehkan mereka diangkat sebagai anggota parlimen bagi penggal 2019-2024.

Johorkini

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )