BM | EN | 中文

Dua anjing pengesan Unit K9 IPK Johor terima anugerah

Dua-anjing-pengesan-terima-anugerah-Ketua-Polis-Johor.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 26 MAC: Dua ekor anjing pengesan Unit K9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor menerima Anugerah Ketua Polis Johor sempena Sambutan Hari Polis Ke 214, semalam.

Kedua anjing pengesan jenis German Shepherd iaitu Mailo yang berusia tiga tahun empat bulan dan Barny, tiga tahun dua bulan menerima penghargaan itu atas kejayaan mengesan mayat sehingga dapat menyelesaikan beberapa kes berprofil tinggi.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan ketika ditemui berkata, antara kejayaan berkenaan ialah menyelesaikan kes pembunuhan seorang wanita berusia 38 tahun di Kota Tinggi, awal Mac lalu.

Advertisement

“Mailo dan Barny juga berjaya membantu kita menyelesaikan kes pembunuhan seorang pesara polis, Su Kim Chiang, 57, dengan penemuan mayat yang ditanam di sebuah ‘kubur’ di Kampung Selatan Kahang, Kluang tahun lalu.

“Anjing ini sudah bersama kontinjen Johor sejak dua tahun lalu. Kedua-duanya banyak memberi sumbangan dan jasa kepada kontinjen Johor. Peranan unit K9 ini memberi sumbangan bukan sahaja kepada kontinjen Johor malah kepada PDRM di seluruh negara.

“Dalam kes mencari dan mengesan mayat, unit ini memainkan peranan penting. Sebab itu kali ini kita memberi penghargaan kepada pengendali serta anjing itu sendiri,” katanya.

Advertisement

Terdahulu, Ayob Khan menyampaikan pingat, sijil penghargaan dan makanan kepada kedua-duanya melalui pelatih mereka, Lans Koperal K. Thiru (Mailo) dan Lans Koperal Calvin Maluni (Barny).

Sebelum itu, beliau menghadiri Sambutan Hari Polis Ke 214, di Dataran Kawad, IPK Johor.

Sambutan itu dimulakan dengan perbarisan pada jam lapan 8.00 pagi sebagai menghormati dan mengenang tarikh penubuhan pasukan polis, disusuli pemeriksaan kawalan kehormatan melibatkan 500 pegawai dan anggota kontinjen Johor serta orang awam.

Advertisement

Ayob Khan seterusnya membacakan perutusan Ketua Polis Negara, sebelum menyampaikan sijil penghargaan kepada 139 penerima terdiri daripada pegawai dan anggota polis serta orang awam serta 27 penerima sijil penghargaan Ketua Polis Negara.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top