BM | EN | 中文

Dua ahli sindiket edar dadah diberkas dekat Seri Alam, heroin 13.77 kg dirampas

seri-alam-dadah.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 23 DIS: Polis Johor menahan dua ahli sindiket pengedaran dadah dan merampas 13.77 kilogram heroin bernilai RM153,178, menerusi dua serbuan operasi khas di kawasan Seri Alam, di sini, tiga hari lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, dua lelaki tempatan berumur 31 dan 38 tahun itu ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, dibantu JSJN Johor pada pukul 9.45 pagi.

Menurutnya, sindiket itu dipercayai aktif dalam kegiatan pengedaran dadah terbabit sejak Mei lepas untuk dipasarkan di sekitar Johor.

Advertisement

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua lelaki itu positif morfin dan Tetra Hydrocannibol (THC).

“Semakan rekod pula mendapati seorang daripada mereka mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah,” katanya menerusi kenyataan, semalam.

Ayob Khan berkata pihaknya turut menyita tiga kereta jenis Toyota Vellfire, BMW dan Proton Wira, sebuah motosikal Yamaha, wang tunai RM11,133, wang tunai dolar Singapura SGD42, serta seutas barang kemas bernilai RM9,600 yang mana keseluruhan sitaan berjumlah RM185,775.

Advertisement

Katanya, kedua-dua lelaki berkenaan direman selama tujuh hari bermula semalam (21 Dis) bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 (1)(a) akta sama.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top