BM | EN | 中文

Dr Siti Kamariah guna permainan psikologi rawat pesakit

kamariah-1.jpg

Siti Kamariah sentiasa berbincang dengan kakitangannya

Advertisement

Berdepan dengan individu yang diuji dengan pelbagai penyakit pastinya turut memberi cabaran kepada beliau merawat seseorang pesakit itu.

Bagaimanapun, Dr Siti Kamariah Othman lebih selesa bermain dengan psikologi bersama para pesakitnya.

Katanya, beliau lebih senang menggunakan pendekatan sedemikian supaya para pesakitnya lebih selesa dan tidak terasa lebih tertekan.

Advertisement

“Saya suka bercerita dengan para pesakit saya bahawa Allah cipta kita ini adalah sebabnya dan setiap orang yang pasti akan menemui kematiannya. Setiap penyakit yang datang adalah menunjukkan Allah sedang menguji seseorang, sama ada sabar atau tidak menghadapi dugaan itu.

Siti Kamariah

“Saya turut memberitahu kepada para pesakit saya bahawa dalam hidup ini semua penyakit pasti ada ubatnya kecuali mati.

“Ini bermakna, saya sebagai doktor tetap manusia biasa, tetapi kita perlu meminta kepada Allah sebab Allah yang buka hati pesakit bertemu saya dan saya hanya tolong beri rawatan,” katanya kepada JohorKini.

Advertisement

Dr Siti Kamariah, 39 yang bertugas sebagai Pakar Perunding Paru-paru (Respiratori) di Hospital Gleaneagles Medini, Iskandar Puteri memberitahu, setiap hari, beliau berdepan dengan pesakit yang mempunyai masalah paru-paru.

Ujarnya, selalunya penyakit tersebut sudah memasuki fasa kronik kerana disebabkan masalah rokok, kanser dan sebagainya.

“Untuk prosedurnya, saya akan membuat kajian tentang penyakit yang dialami seseorang pesakit itu termasuklah x-ray dan sebagainya.

Advertisement

“Pendekatan saya lebih kepada mendidik pesakit itu. Oleh sebab itu, saya banyak sediakan peralatan untuk mengajar mereka (pesakit) memandangkan saya dahulu adalah seorang pensyarah perubatan supaya mereka lebih faham tentang penyakit yang dialami.

“Saya akan cuba terangkan kepada mereka melalui gambar dan sebagainya. Sebagai contoh, gambar paru-paru perokok tegar yang kebanyakkannya setelah faham, mereka sudah mulai kurang merokok dan dari situ saya turut selitkan dari sudut agama,” katanya.

Tidak dinafikan rutin harian beliau sebagai doktor begitu padat, namun beliau tetap mengisi masanya dengan aktiviti kesukarelaan dan bergiat aktif dengan Badan Bukan Kerajaan, Ikram di Kulai.
“Pelbagai aktiviti kesukarelaan telah dilaksanakan. Malah, sejak zaman belajar lagi, saya sudah biasa terlibat dengan aktiviti seumpama ini. Bila dapat membantu orang, saya terasa seronok.

Advertisement

Siti Kamariah gemar kaedah mendidik dalam merawat pesakit

“Bahkan saya turut ajak keluarga saya sertai dalam aktiviti kesukarelaan yang dilakukan bersama Ikram,” katanya.

Bercerita tentang kisahnya lagi, beliau mengakui bukanlah seorang pelajar yang cemerlang ketika dibangku sekolah.

“Sebenarnya saya bukannya berasal daripada kalangan pelajar yang cemerlang. Kalau nak kata pelajar yang sederhanapun tidak juga. Saya memang tak pandai, keputusan peperiksaanpun tidak cemerlang mana.

Advertisement

“Bagaimanapun, bila berjaya menyambung pengajian di peringkat matrikulasi, di situ datangnya kesedaran untuk berdaya saing dan maju dalam kehidupan. Apatah lagi, saya bukannya saya bukan berasal dari keluarga yang senang. Ayah saya hanya bekerja sebagai buruh kasar,” katanya.

Anak ketiga daripada lima beradik itu memberitahu, pada asalnya dia berminat menyambung kerjaya sebagai guru kimia.

“Tiada dalam senarai pilihanpun untuk menyambung belajar dalam bidang perubatan. Namun, bila saya pulang ke kampung dan beritahu mak keputusan saya mahu menjadi cikgu, mak saya memberitahu ayah saya mahu menjadi doktor.

Advertisement

“Walaupun, pada ketika itu saya tidak berminat langsung untuk menjadi doktor, namun saya tetap timbulkan minat demi harapan ayah saya. Syukur, saya diterima untuk ditemuduga dan menyambung dalam pengajian ijazah sarjana muda perubatan di Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang Kerian, Kelantan.

“Apabila dikelilingi oleh kelompok pelajar yang cemerlang, terasa kerdilnya diri. Namun, saya terus termotivasi selain sentiasa ingat untuk membalas jasa mak dan ayah saya,” katanya.

Diakui bidang perubatan ini amat mencabar, namun anak jati Kulai itu, lama kelamaan saya semakin berminat untuk mendalami bidang perubatan dan semakin insaf melihat keajaiban ciptaan Allah.

Advertisement

“Saya berminat untuk menjadi pakar dalam bidang paru-paru berikutan arwah ibu saya adalah pesakit asma yang kronik.

“Alhamdulillah, Allah lancarkan segalanya perjalanan hidup saya. Saya kemudiannya bertugas sebagai doktor pelatih di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, sebelum menyambung pengajian di peringkat ijazah Sarjana di USM Kubang Kerian, Kelantan,” katanya kemudiannya menjadi pensyarah perubatan Fakulti Perubatan (Universiti Teknologi Mara) UiTM kampus Selayang Sungai Buluh enam tahun.

“Bagaimanapun, Allah uji kehidupan saya selepas itu apabila mak saya meninggal dunia kerana terlibat dalam kemalangan.

Advertisement

“Kemudiannya, saya mengambil keputusan untuk kembali ke Johor bagi menjaga ayah dan saya memilih memasuki sektor swasta dan meneruskan khidmat di Hospital Gleaneagles,” katanya.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top