BM | EN | 中文

DR SAHRUDDIN PUAS HATI PROJEK-PROJEK DI SEGAMAT BERJALAN LANCAR

IMG-20191018-WA0002.jpg
Advertisement

SEGAMAT, 18 OKT : Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal berpuas hati dengan perlaksanaan projek-projek di daerah ini yang dilihat berjalan lancar dan mengikut jadual.

“Sempena lawatan rasmi ke daerah Segamat banyak projek-projek telah kami pantau serta lihat. Kebanyakan projek tersebut berjalan mengikut jadual.

“Terima kasih kepada semua agensi yang memantau projek di sini,”katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja ke daerah berkenaan, semalam.

Advertisement

Antara projek dilawati ialah projek membina dan menyiapkan dua buah bangunan krematorium, projek Agromix Farm di Mukim Sermin, projek membina dan menyiapkan baki kerja di Masjid Baru Kampung Sepinang, serta membina bangunan baru dan penambahbaikan bagi Hospital Segamat.

Beliau juga berpuas hati dengan kemajuan projek landasan berkembar Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) Gemas-Johor Bahru bagi jajaran Segamat.

“Saya juga meluluskan peruntukan segera RM200,000 untuk pejabat daerah Segamat. Kita harap dengan adanya produk-produk ini di daerah Segamat akan maju dan berkembang seperti daerah lain di Johor,” katanya lagi.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top