BM | EN | 中文

Dr Sahruddin kunjungi keluarga Allahyarham Muhammad Ata

dr-sahruddin-kunjungi-keluarga-muhd-ata-1.jpg

Dr Sahruddin menyampaikan sumbangan kepada keluarga Allahyarham Muhammad Ata(Gambar ihsan Facebook Dr Sahruddin Jamal)

Advertisement

MUAR, 5 JAN : Kejadian yang menimpa atlet angkat berat kategori orang kurang upaya (OKU), Muhammad Ata Maarof turut mendapat perhatian Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal.

Dr Sahruddin telah mengunjungi kediaman Allahyarham petang semalam dan bertemu dengan keluarganya.

Menurut kenyataan yang dimuat naik dalam Facebooknya, beliau memaklumkan selain mengambil tindakan berupa bantuan segera melibatkan soal penginapan sementara, wang ihsan serta baikpulih rumah turut diberikan kepada keluarga Allahyarham.

Advertisement

Dr Sahruddin ketika melawat kediaman Allahyarham Muhammad Ata (Gambar ihsan Facebook Dr Sahruddin Jamal)

“Saya telah dimaklumkan mengenai khabar duka yang mengejutkan melibatkan atlet angkat berat kategori OKU, Allahyarham saudara Muhammad Ata hari ini (semalam).

“Allahyarham yang juga pemenang pingat gangsa temasya Para Sukan Malaysia (SUKMA) ke-19 pada tahun 2018 telah kembali ke Rahmatullah dalam kejadian kebakaran di kediaman keluarganya, dekat Taman Pagoh Jaya, jam 11.59 pagi tadi.

“Saya telah mengunjungi kediaman Allahyarham dan bertemu dengan keluarganya petang tadi (semalam),” katanya menurut kenyataan itu.

Advertisement

Dr Sahruddin yang juga Adun Bukit Kepong turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Muhammad Ata.

“Sesungguhnya, pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar buat arena sukan Para negara apatah lagi di negeri Johor sendiri.

“Semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang beriman dan beramal soleh. Jasa dan sumbangan Allahyarham akan sentiasa kita kenang sampai bila-bila,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top