JOHOR BAHRU, 20 OKT : Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal menyambut kelahiran anak keempatnya, kira-kira jam 9.24 pagi semalam.
Isterinya, Datin Dr Nila Armila Mukdan selamat melahirkan bayi lelaki sulung mereka seberat 3.87 kilogram.
“Saya ingin mengambil kesempatan untuk menzahirkan ucapan terima kasih di atas doa dan sokongan yang telah diberikan oleh semua pihak kepada saya dan isteri,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.
JohorKini