BM | EN | 中文

DR SAHRUDDDIN YAKIN KERUSI TANJUNG PIAI DAPAT DIPERTAHAN PH

MB-2.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 8 OKT : Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal yakin kerusi Parlimen Tanjung dapat dipertahankan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu yang bakal berlangsung bulan depan.

Menurutnya, keyakinan itu disandarkan kerana PH mempunyai hubungan baik antara pemimpin dan masyarakat.

“Kita (PH) juga telah mencapai 10 janji manifesto pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang lalu.

Advertisement

“Kita akan cuba semampunya dan melakukan yang terbaik untuk memastikan kemenangan di Tanjung Piai berpihak kepada PH,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya tentang Dapatan kajian Merdeka Centre yang menunjukkan populariti PH merudum kepada 35 peratus.

Bagaimanapun, Adun Bukit Kepong itu memberitahu, perkara itu juga tidak merencatkan pergerakan jentera PH bagi menghadapi PRK Tanjung Piai.

Advertisement

“Jentera parti juga sudah mula bergerak di Tanjung Piai dengan memberi tumpuan di semua kawasan termasuk 27 pusat daerah mengundi (PDM),” katanya.

Terdahulu, beliau Melawat venue Sukan Malaysia (Sukma) di Sport City Mount Austin, di sini, hari ini.

Hadir sam; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azmi Rohani dan Pegawai Kewangan negeri, Datuk A Rahim Nin.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top