BM | EN | 中文

DR RAMA PELAWA PENDUDUK BEKOK BERTEMU SETIAP BULAN

s-ramakrishnan.jpg
Advertisement

SEGAMAT, 21 SEPT: Usaha meningkatkan kualiti hidup penduduk di kawasan Bekok, Chaah dan sekitarnya agar menjadi sebuah pekan yang membangun secara holistik menjadi fokus utama Adun Bekok, Dr S Ramakrishnan.

Menurutnya, pihaknya mengalu-alukan masyarakat setempat terlibat dalam proses membuat keputusan melalui mesyuarat bulanan yang dianjurkan pusat khidmatnya.

“Antara isu utama di kawasan tersebut ialah berkaitan pembangunan, penyelenggaran kemudahan awam, kekurangan program kemasyarakatan dan aktiviti bagi meningkatkan ekonomi penduduk setempat,” katanya.

Advertisement

Beliau yang lebih mesra dipanggil Dr Rama berkata, wujud masalah perumahan rakyat terbengkalai, isu saliran dan kumbahan, keselamatan jalan raya selain pertindihan tugasan antara jabatan dan agensi.

“Setiap isu yang berbangkit tidak boleh diselesaikan secara terpisah kerana melibatkan pelbagai agensi dan jabatan kerajaan selain pihak swasta,” katanya.

Ujar Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna negeri Johor itu, beliau telah berjumpa dengan beberapa pihak berkuasa.

Advertisement

“Tidak ada pihak boleh bertanggungjawab secara bersendirian pada satu-satu kawasan. Jika kita selesaikan satu masalah pada satu masa, masalah lain akan berbangkit.

“Masalahnya, semua orang bergerak bersendirian. Jadi kita tak tahu apa yang sedang dibuat, apa masalah yang sudah diselesaikan, selain cadangan-cadangan (daripada penduduk).

“Apapun, masalah-masalah ini perlu diselesaikan,” kata.

Advertisement

Dalam pada itu, menurut Dr Rama, beliau telah memohon kepada Kerajaan Negeri dan Pusat untuk menyalurkan peruntukan bagi pembinaan dan penambahbaikan infrastruktur seperti rumah mesra rakyat.

“Bekok adalah kawasan luar bandar. Di sini kita tak boleh buat rumah yang besar. Kebanyakan penduduk adalah petani dan pekerja estet.

“Kita rancang dan cadangkan untuk bina rumah mampu milik supaya golongan B40 dapat memiliki sebuah rumah,” kata Dr Rama.

Advertisement

Sementara itu, pihaknya juga telah memohon kepada Kerajaaan Negeri dan Pusat bagi menaiktaraf Jalan Bekok ke Paloh dan Yong Peng ke Segamat.

“Jabatan Kerja Raya sudah membuat kertas kerja. Tetapi kita masih hadapi kekurangan kewangan. Kalau negeri nak bayar semua adalah sukar. Kita perlu dapatkan bantuan daripada pusat.

“Ini antara projek-projek yang kita sedang usahakan,” ujarnya

Advertisement

Justeru itu, beliau berkata, pihaknya akan terus berusaha membawa isu-isu rakyat di kawasan Bekok dan sekitarnya ke peringkat kepimpinan tertinggi kerajaan negeri dan Pusat dalam masa terdekat.

 

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top