BM | EN | 中文

Dr Muhammad Najib Razali OKU pertama dilantik sebagai Pengarah Harta Tanah di UTM

Dr-Muhammad-Najib-Razali-OKU-pertama-dilantik-sebagai-Pengarah-Harta-Tanah-di-UTM.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 7 JUL: Dr Muhammad Najib Razali melakar sejarah sebagai orang kurang upaya (OKU) pertama yang dilantik oleh Universiti Teknologi Malaysia sebagai Pengarah Harta Tanah di Fakulti Alam Bina dan Ukur di universiti itu, berkuat kuasa 1 Julai lepas.

Muhammad Najib, 44, akan menyandang jawatan itu, yang diwujudkan pada 1973, untuk tempoh tiga tahun.

“Pelantikan ini adalah satu pengiktirafan penting untuk golongan OKU bukan sahaja di UTM malah di Malaysia kerana ia membuktikan bahawa golongan OKU mampu berdikari dalam dunia akademik dan profesional.

Advertisement

“Kepercayaan pihak UTM kepada Muhammad Najib untuk mengemudi bidang harta tanah di UTM merupakan suatu pengiktirafan yang tinggi kepada komuniti OKU dalam membuktikan kekurangan dan halangan fizikal tidak membataskan beliau dalam menjalankan kerja- kerja akademik sama seperti ahli akademik yang lain,” menurut universiti itu dalam kenyataan semalam.

Muhammad Najib, yang merupakan alumni UTM di peringkat Ijazah Pertama dalam bidang pengurusan harta tanah, kehilangan kaki kanannya akibat jangkitan bakteria pada 2010 ketika mengikuti pengajian di peringkat Doktor Falsafah (Ekonomi dan Kewangan Harta Tanah) di Sydney, Australia.

Beliau juga sangat aktif dan sering diundang sebagai penceramah pada persidangan profesional yang menyampaikan input penyelidikan terutama dalam isu pengurusan harta tanah, pelaburan harta tanah serta isu perumahan negara.

Advertisement

Muhammad Najib juga adalah ahli panel pakar dalam Jawatankuasa Koordinator Dana Penyelidikan Harta Tanah (NAPREC), Kementerian Kewangan Malaysia.

Bernama

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top