BM | EN | 中文

DR MD FARID IKUT RESMI PADI, MAKIN TUNDUK MAKIN BERISI

orang-kampung-pekan-serkat.jpg
Advertisement

PONTIAN, 21 SEPT: Meskipun berkelulusan dari universiti luar negara dan bergelar sebagai Timbalan Menteri, namun Datuk Wira Dr Md Farid Md Rafik tidak kekok turun padang untuk bergaul dengan masyarakat setempat.

Hazman yang memakai kacamata hitam

Seorang penduduk kampung yang ditemui, Hazman Md Amin, 44, berkata, Allahyarham mesra dengan penduduk dan tak kekok bersama ‘mengeteh’ di warung.

“Dia memang low profile. Dengan orang kampung pun dia bercampur sama. Tak kisah ada pangkat atau tak ada pangkat.

Advertisement

“Ada masa dia ikut kami memancing dan berbasikal keliling kampung. Pendek kata ikut resmi padi. Makin tunduk makin berisi.

“Allahyarham semenjak kecil kami dah kenal. Jadi, memang kami terasa sangat kehilangan,” kata Hazman ketika ditemui di pekan Serkat, di sini, hari ini.

Tambahnya, meskipun Ahli Parlimen Tanjung Piai hanya sempat berkhidmat selama 16 bulan, namun banyak jasa telah dicurahkan kepada penduduk.

Advertisement

“Banyak sekolah disini yang dapat bantuan berkat peranan Allahyarham. Ada juga yang masih sedang dibaikpulih,” ujarnya.

Kopiah hitam, Azmi

Sementara itu, Azmi Mohammad, 46, berkata, ciri-ciri kepimpinan terampil pada diri Allahyarham, lebih-lebih lagi keluarganya memang dikenali sebagai pemimpin tempatan.

Katanya, walaupun dianggap baru dalam politik, namun peranan Allahyarham lebih diingati melalui program berbentuk aktiviti pemeriksaan kesihatan.

Advertisement

“Ada orang bila belajar oversea (luar negara) sampai sepuluh tahun, bila ditegur buat-buat tak kenal.

“Tapi arwah tak memilih-milih. Dengan siapa-siapa pun dia boleh berbincang. Tengah malam pun boleh. Open minded (berfikiran terbuka) orang kata.

“Dengan arwah, semua kerja jadi ‘smooth’ (lancar),” kata Azmi lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top