BM | EN | 中文

Dr Maszlee, Syed Saddiq tak dibenar sertai mesyuarat khas Johor

dr-maszlee-syed-saddiq.png
Advertisement

KLUANG, 27 MEI: Ahli parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik dan ahli parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak dibenarkan menyertai mesyuarat bagi membincangkan pengurusan pandemik Covid-19 di negeri ini.

Dr Maszlee Malik dalam catatan di laman Facebook berkata, beliau telah diberikan izin untuk mengikuti mesyuarat tersebut secara dalam talian dan akan diberikan pautan mesyuarat pada jam 10 pagi ini.

“Alhamdulillah pada pukul 9:45pagi hari ini saya telah membuka pautan dan menantikan urusetia dari pejabat MB Johor untuk membenarkan saya menyertai mesyuarat berkenaan.

Advertisement

“Saya menantikan sehingga jam 10:15 dan agak terkejut apabila ditolak untuk menyertai mesyuarat tersebut. Saya cuba sekali lagi untuk meminta izin memasuki mesyuarat tetapi tetap ditolak,” kata Dr Maszlee.

Katanya, keputusan itu adalah pelik dan munasabah.

“Saya memasuki sidang tersebut dan menantikan izin untuk masuk pada jam 9:45-9:50, walhal mesyuarat dijadualkan bermula pada jam 10:00pagi.

Advertisement

“Apakah YAB Menteri Besar telah berucap sebelum mesyuarat dijadualkan bermula? soal Dr Maszlee.

Katanya hal demikian tidak sepatutnya berlaku dan mencerminkan kecelaruan di pihak urusetia mesyuarat.

“Sebagai ahli parlimen yang mewakili rakyat dalam kawasan parlimen saya, kehadiran dalam mesyuarat maya ini amat penting untuk membawa suara rakyat yang saya wakili.

Advertisement

“Saya juga diamanahkan oleh rakan-rakan dari Pakatan Harapan Johor unutk membawa isu-isu pendidikan di Johor yang terjejas dampak wabak Covid-19.

“Isu pendidikan kelihatan agak terabai dan tidak diberikan tumpuan oleh kerajaan negeri sepanjang wabak melanda. Hal ini amat perlu diberikan perhatian dan dibincangkan di dalam mesyuarat seperti ini.

“Tindakan urusetia mesyuarat menghalang saya dari menyertai mesyuarat adalah satu keculasan di dalam proses demokrasi kerana menafikan hak wakil rakyat untuk didengari,” katanya.

Advertisement

Sementara itu, Syed Saddiq dalam kenyatannya hari ini berkata, beliau masih belum menerima sebarang jemputan atau apa-apa maklumat berkenaan mesyuarat perjumpaan YAB Menteri Besar Johor bersama semua ADUN dan Ahli Parlimen Johor.

“Semua Ahli Parlimen dan ADUN Johor telah terima maklumat bahawa mesyuarat ini akan diadakan secara virtual di pejabat Daerah masing-masing.

“Saya tidak terima maklumat itu melainkan dari rakan sejawatan saya yang kongsi maklumat ini,” katanya.

Advertisement

Kata bekas menteri belia dan sukan itu, beliau telah mendaftarkan maklumat melalui surat rakan sejawatannya namun masih belum menerima apa-apa maklumat.

“Pagi ini barulah saya tahu bahawa mesyuaratnya bermula hari ini.

“Malah, saya difahamkan Pejabat Menteri Besar menggunakan emel lama yang sudah “defunct” walaupun pejabat saya sudah lama menukar emel rasmi yang baru,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top