BM | EN | 中文

Dr Maszlee serah sumbangan untuk sembilan keluarga di Simpang Renggam

Maszlee-ziarah-sembilan-keluarga-Simpang-Renggam.jpg

Dr Maszlee dalam lawatan ke salah sebuah keluarga di Simpang Renggam baru-baru ini

Advertisement

KLUANG, 20 SEPT: Ahli parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik menyampaikan sumbanga kepada sembilan buah keluarga di kawasan parlimen ini baru-baru ini.

Menurut Dr Mazlee, sebahagian daripada program lawatan dan kebajikan secara berkala yang diadakan oleh pusat khidmat ahli parlimen Simpang Renggam.

“Pasukan saya di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Simpang Renggam telah pun mengambil tindakan dan menyediakan keperluan keluarga-keluarga tersebut.

Advertisement

“Sebahagian daripada mereka kemalangan, menghidap penyakit diabetes dan stroke.

“Selain itu, ada juga yang baru saja kematian ahli keluarga dan ada yang memerlukan bumbung baharu untuk diganti.

“Mari kita doakan agar kehidupan mereka semakin membaik dan berada dalam keadaan sejahtera,” kata Dr Maszlee.

Advertisement

Dalam pada itu beliau turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Haji Ahmad Anuar, seorang pemimpin masyarakat di Felda Ayer Hitam yang meninggal dunia semalam.

:Menerima berita pemergian Allahyarham Hj Ahmad bin Hj Anuar, ikon dan tokoh warga Felda Ayer Hitam yang telah menghembuskan nafas terakhir.

“Kita doakan semoga arwah diampuni dan rohnya dirahmati Ilahi,” kata Dr Maszlee.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top