BM | EN | 中文

Dr Maszlee sampaikan sumbangan 25 tablet kepada pelajar di Layang-Layang

Dr-Maszlee-sampaikan-sumbangan-25-tablet-kepada-pelajar-di-Layang-Layang.png
Advertisement

KLUANG, 19 JUN: Ahli parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik menyampaikan sumbangan berupa 25 biji tablet berjenama ‘Samsung Tab A’ kepada penerima yang terdiri dari pelajar SMK Layang-Layang.

Menurut beliau, tablet itu disampaikan oleh dermawan yang bermurah hati dan memintanya mencarikan anak-anak dari keluarga B40, anak-anak yatim dan mereka yang benar-benar memerlukan dari kawasan ini.

“Saya telah dihubungi oleh guru-guru dari Sekolah Menengah Layang-Layang yang mengadu hal anak-anak murid mereka yang bakal mengambil SPM tetapi menghadapi kesukaran untuk mengikuti pembelajaran kerana keadaan ekonomi keluarga.

Advertisement

Penderma yang murah hati telah menghadiahkan 25 biji tablet berjenama ‘Samsung Tab A’ berdasarkan nama yang telah diberikan oleh guru-guru mereka.

“Hari ini saya merasa bersyukur kerana telah berkesempatan menyampaikan hajat penderma tersebut. Kesemua tablet tersebut telah berjaya diserahkan beserta bahan-bahan bacaan bersempena Kempen ‘Simpang Membaca’.

“Senyuman yang menguntum di wajah anak-anak dan juga ibu bapa yang hadir begitu memugarkan semangat di dalam jiwa saya.

Advertisement

“Tiada majlis, hanya serahan di hadapan sekolah yang penuh dengan SOP dalam kadar sesegera mungkin kepada para penerima,” kata Dr Maszlee dalam satu kenyataan.

Tambah Dr Maszlee, beliau berharap agar anak-anak penerima tablet, itu akan terus cekal belajar dan fokus di dalam mengikuti PdPR sepanjang PKP ini.

“PdPR adalah satu metod yang tidak dapat dielakkan sewaktu PKP 3.0. Seperti yang ramai maklum, bukan semua keluarga mampu untuk membelikan untuk kesemua anak-anak mereka peranti untuk tujuan PdPR.

Advertisement

“Pakcik mendoakan anda semua agar mendapat keputusan yang terbaik dan mencapai cita-cita di masa hadapan.

“Bagi anak-anak juga, banyakkan membaca,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top