BM | EN | 中文

Dr Maszlee ‘pulangkan’ jawatan Menteri Pendidikan

Maszlee-1-01-scaled.jpg

Ahli parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik

Advertisement

KUALA LUMPUR, 2 JAN: Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik mengumumkan untuk ‘memulangkan’ jawatan yang disandangnya pada satu sidang media tergempar di Putrajaya, hari ini.

Katanya, atas nasihat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan di atas dasar ketaatan dan disiplin kepada kepimpinan parti dan kerajaan, beliau memulangkan semula jawatan tersebut kepada Perdana Menteri.

“Selepas pertemuan dengan Yang Amat Berhormat (YAB) Perdana Menteri sebentar tadi, diatas nasihat beliau yang merupakan seorang ayahanda, pemimpin, dan seorang negawaran yang ulung.

Advertisement

“Atas dasar ketaatan dan disiplin kepada kepimpinan parti dan kerajaan maka saya dengan hati yang redha walaupun berat daripada YAB ayahanda Perdana Menteri, saya Maszlee Malik, dengan ini memulangkan semula jawatan sebagai Menteri Pendidikan Malaysia kepada YAB Perdana Menteri berkuatkuasa 3 Januari 2020,” katanya sebentar tadi.

BERITA LANJUT MENYUSUL

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top