BM | EN | 中文

Dr Maszlee Malik keluar parti Pejuang

Dr-Maszlee-Malik-MP-Simpang-Renggam.jpg
Advertisement

SIMPANG RENGGAM, 2 NOV: Ahli parlimen Simpang Renggam Dr Maszlee Malik mengumumkan menarik diri sebagai anggota jawatankuasa penaja Pejuang.

Beliau dalam kenyataannya sebentar tadi turut mengumumkan akan bergiat sebagai anggota parlimen bebas.

“Saya, Dr Maszlee Malik, Ahli Parlimen Simpang Renggam dengan ini mengumumkan penarikan diri sebagai Ahli Jawatankuasa Penaja Penubuhan Parti Pejuang.

Advertisement

“Saya ingin menumpahkan sepenuhnya usaha untuk membantu rakyat yang terkesan dengan Covid-19, khususnya di Simpang Renggam dan umumnya di seluruh Malaysia,

“Saya juga akan meneruskan usaha dalam gerakan perubahan pendidikan melalui kapasiti saya sebagai Ahli Parlimen Bebas dan melalui ruang aktivisme dan kerja-kerja kemanusiaan melalui rangkaian NGO dan rakan-rakan aktivis lain.

“Saya percaya, perubahan tidak memerlukan kedudukan dan jawatan, tetapi keinginan dan kesempatan,” kata Dr Mazlee dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisement

Beliau berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan dapatan fakta melalui kajian lapangan dan tinjauan terperinci terhadap aspirasi dan kehendak rakyat terbanyak.

Dr Maszlee turut menjawab persoalan yang timbul setelah kenyataan media dari parti Pejuang keluar tanpa namanya dan kenyataannya hari ini bertujuan unutk menjelaskan keadaan terkini beliau dan parti Pejuang.

“Saya yakin, rakyat sudah muak dengan politik percaturan kuasa oleh pihak politikus elitis.

Advertisement

“Rakyat mahukan ahli politik yang fokus berkhidmat dan benar-benar menyelesaikan masalah yang rakyat hadapi sekarang.

“Sama-sama kita mendoakan agar pandemik Covid-19 ini segera reda dan menghilang serta kehidupan rakyat kembali normal.

“Kita belum menang, tetapi kita pasti menang. Insya-Allah,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top