BM | EN | 中文

Dr Maszlee kemuka lima cadangan dalam sektor pendidikan untuk Belanjawan 2021

dr-maszlee-malik-ahli-parlimen-simpang-renggam-1.jpg
Advertisement

KLUANG, 3 NOV: Ahli Parlimen Simpang Renggam Dr Maszlee Malik mengemukakan lima cadangan kepada sektor pendidikan untuk Belanjawan 2021.

Poster yang mengandungi cadangan-cadangan itu turut dimuatnaik ke laman Facebook beliau hari ini.

Antara cadangan beliau adalah elaun khas untuk semua guru untuk tempoh enam bulan, bagi membantu meringankan beban guru yang terpaksa menambah baik ‘connectivity’ dan peralatan digital mereka di rumah.

Advertisement

“Ketika PKP, guru terus mengajar walaupun di rumah.

“Ia juga akan membantu para guru merangka kurikulum yang lebih inovatif ketika pandemik COVID-19 ini berlaku, terutama apabila kaedah pedagogi arus perdana sudah tidak lagi sesuai,” katanya.

Selain itu Dr Maszlee mencadangkan insentif khas kepada keluarga miskin yang menghantar anak ke sekolah bagi memastikan keluarga yang terjejas mampu menghantar anak-anak tersebut kembali ke dalam sistem pembelajaran mereka.

Advertisement

“Langkah ini akan menyelamatkan hampir 1.2 juta anak-anak seluruh negara,” ujarnya.

Dr Maszlee turut memetik kajian UNICEF yang mendedahkan Satu daripada lima murid hilang minat ke sekolah selepas PKP dilaksanakan dan sebilangan besar mereka yang hadir ke sekolah juga hilang semangat untuk belajar selepas PKP.

“Malah kajian gempa bumi di Pakistan pada 2005 mendedahkan, ketidakhadiran murid ke sekolah selama 14 minggu boleh menyebabkan anak-anak kehilangan pembelajaran seolah-olah 2 tahun lamanya.

Advertisement

Beliau turut mencadangkan bantuan makanan berkhasiat kepada keluarga miskin yang mempunyai anak di sekolah kerana program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang menjadi satu-satunya sumber makanan berkhasiat untuk anak-anak keluarga B40 tidak dapat dilaksanakan.

“Lebih dari 2.6 juta murid seluruh negara bergantung penuh kepada sumber makanan berkhasiat ini.

“Ketika PKP dilaksanakan, sekolah ditutup. Jika ini berterusan, tumbesaran anak-anak yang selama ini bergantung kepada makanan berkhasiat di sekolah akan terganggu,” kata Dr Maszlee.

Advertisement

Dalam pada itu katanya, geran khas kepada pengusaha kantin sekolah dan bantuan khusus pekerja kantin di seluruh negara wajar dilaksanakan.

“Banyak pengusaha kantin sekolah yang terjejas akibat sekolah yang harus ditutup akibat PKP.

“Geran khas ini akan membantu pengusaha yang terjejas untuk memulakan semula operasi apabila sekolah dibuka semula nanti.

Advertisement

“Manakala bantuan khusus akan membantu pekerja kantin yang terlibat kerana kebanyakannya tidak boleh memohon skim upah pekerja sedia ada.

“Lebih dari 70,000 pekerja kantin seluruh negara dapat diselamatkan melalui bantuan khusus ini,” katanya lagi.

Menteri bekas Menteri Pendidikan itu turut mencadangkan geran khas IPTA untuk menghasilkan bahan kualiti pengajaran dan pembelajaran dalam talian berikutan kekangan para pensyarah hari ini kepada bahan pengajaran berkualiti untuk kegunaan pembelajaran dalam talian.

Advertisement

“Geran ini membolehkan para pensyarah membangunkan bahan berkualiti melalui kerjasama swasta dan universiti terkemuka di luar.

“Pembinaan bahan pengajaran berkualiti akan membantu lebih dari 35,000 para pensyarah di seluruh negara mengajar dengan lebih berkesan terutamanya ketika PKP,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top