BM | EN | 中文

Dr Maszlee cadang kerjasama Arkib Negara, perpustakaan dan IPT dapatkan salinan manuskrip nusantara

maszlee-malik.jpg
Advertisement

KLUANG, 13 DIS: Ahli parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik mencadangkan inisiatif kerjasama antara Arkib Negara, perpustakaan dan institusi pengajian tinggi (IPT) untuk mendapatkan manuskrip-manuskrip Malaysiana dan Jawi yang berada di luar negara.

Beliau yang merupakan bekas menteri pendidikan berkata, inisiatif itu perak dibuat selepas lawatannya ke Arkib Negara sekitar 2018-2019 lalu.

Katanya, perbincangan telah dilakukan untuk memanfaatkan cadangan itu secara untuk tujuan pendidikan, dan bagaimana ianya boleh dihubungkan terus dengan IPT di seluruh Malaysia.

Advertisement

“Di dalam perbincangan tersebutlah tercetusnya idea untuk mendapatkan manuskrip-manuskrip Malaysiana dan Jawi yang berada di luar negara.

“Untuk mendapatkan manuskrip yang asal memang agak sukar. Namun kemudiannya timbul idea membuat proses pendigitalan dengan badan-badan di luar yang memiliki manuskrip-manuskrip berkenaan.

“Salinan digital itulah yang akan dibawa pulang dan dimiliki oleh Arkib Negara dan juga mana-mana IPT yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Advertisement

Beliau mengulas langkah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang mengambil inisiatif dengan kerjasama Arkib Negara untuk berhubung dengan pihak di luar negara bagi menjayakan visi tersebut.

Katanya, usaha itu signifikan dan relevan sebagai niche UniSZA yang memberi tumpuan kepada pengajian Islam mengikut perkembangan teknologi terkini seiring dengan kepakaran penyelidik di UniSZA dalam bidang manuskrip serta teknologi maklumat.

Difahamkan ia melibatkan manuskrip Ulama Silam Terengganu, koleksi Malcolm MacDonald Universiti Durham, United Kingdom, Khizanah Al-Qarawiyyin, Morocco, Ulama Alam Melayu di Kepulauan Aceh & Riau, Ulama Alam Melayu di Pattani, koleksi Istana Terengganu dan Kesultanan Brunei, koleksi Kesultanan Istana Johor, Universiti Paris-Sorbonne, Perancis, Universiti Leiden, Belanda dan Rusia.

Advertisement

“Justeru itu, proses pengumpulan, pendigitalan dan pembangunan sistem manuskrip Islam dan Alam Melayu yang mempunyai nilai sejarah negara dari serata dunia akan dijejaki serta dibawa pulang ke Malaysia.

“Setakat ini, masih tiada sistem manuskrip secara dalam talian yang dapat dicapai oleh semua bagi tujuan pembelajaran, penyelidikan serta pemuliharaan manuskrip tersebut.

“Saya mencadangkan inisiatif kerjasama antara Arkib Negara dan Perpustakaan Negara ini perlu diperluas kepada semua IPT untuk menyokong ekosistem pendidikan ilmiah yang berteraskan sejarah negara bangsa,” ujarnya lanjut.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top