BM | EN | 中文

Dr Maszlee bangkit isu keadaan pos kawalan PGA yang uzur di Johor

dr-maszlee-simpang-renggam.png
Advertisement

SIMPANG RENGGAM, 7 OGOS: Ahli parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik meminta kerajaan melihat keadaan pos-pos kawalan Pasukan Gerakan Am (PGA) di seluruh Johor yang dipercayai telah berusia.

Kata Dr Maszlee terdapat pos kawalan atau kem PGA yang telah uzur dan daif yang memerlukan baikpulih segera.

“Kebetulan kem Batalaion Ke-5 Pasukan Gerakan Am berada di Simpang Renggam.

Advertisement

“Apabila kita sering berkunjung ke kem tersebut, apa yang sering diadukan ialah pos-pos kawalan yang mengawal pintu-pintu kemasukan PATI (Pendatang Asing Tanpa Izin) dalam keadaan yang begitu uzur dan daif.

“Saya sendiri telah melihat beberapa pos tersebut dan didapati memang begitu uzur. Jadi kita memikirkan keselanatan dan kebajikan para anggota yang bertanggungjawab dan berkorban untuk mempertahankan sempadan.

“Kita minta agar kementerian dapat membaikpulih dan menaiktaraf pos-pos kawalan yang sepuluh buah di seluruh Johor ini dan dapat disegerakan.

Advertisement

“Kita minta komitmen kalau boleh, dalam tahun ini juga,” kata Dr Maszlee di Dewan Rakyat semalam.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Ismail Mohamed Said dalam jawapan lisannya berkata, memang menjadi hasrat pihak kementerian untuk memastikan bukan sahaja keadaan fasiliti kem PGA akan diberikan perhatian, malah termasuk kediaman para anggota.

Beliau menambah, KDN juga sedang memperhalusi isu pertindihan peranan di antara agensi-agensi keselamatan yang menjaga sempadan.

Advertisement

“Kita nak selaraskan supaya PGA ini kita perkasakan lagi di bawah PDRM,” kata Ismail.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top