BM | EN | 中文

DR FARID PEMIMPIN SETIA, KHIDMAT HINGGA AKHIR HAYAT – MB JOHOR

mb-johor.jpg
Advertisement

PONTIAN, 21 SEPT: Sehingga Subuh tadi, Allahyaham Datuk Dr Md Farid Md Rafik, masih lagi bertugas untuk menyelesaikan masalah rakyat di kawasannya.

Demikian dinyatakan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal kepada pemberita selepas selesai solat jenazah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri di Masjid Jamek Dato’ Noh Gadot di Serkat, Pontian, hari ini.

Komitmen tersebut yang tidak mengira waktu bekerja menurutnya adalah bukti kesetiaan Allahyarham yang juga Ahli Parlimen Tanjung Piai kepada rakyat.

Advertisement

Difahamkan Allahyarhan menghadiri satu acara di Pontian Jaya, malam tadi, selepas sampai dari Putrajaya semalam.

“Arwah merupakan seorang doktor dan pakar bius di hospital Melaka.

“Kematian Allahyarham sangat mengejutkan.

Advertisement

“Seperti yang kita semua sedia maklum, malam tadi arwah ada program, dan dikhabarkan sehingga jam tiga pagi.

“Dia kemudiannya mengadu mengalami sakit dada.

“Pemergian arwah adalah satu hilangan yang besar kepada negeri dan negara,” kata Sahruddin.

Advertisement

Menurut Sahruddin, hasil bedah siasat mendapati Allahyarham Dr Md Farid mengalami komplikasi jantung, dan difahamkan tiga saluran utama pembuluh darahnya tersumbat.

Terdahulu, beliau mengiringi Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir Mohamad menunaikan solat jenazah di masjid tersebut, petang tadi.

Turut hadir, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waythamoorthy serta Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong.

Advertisement

Selain itu, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Wira Dr Hatta Ramli; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir Amiruddin Hamzah, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamaruddin Jaafar dan Timbalan Menteri Luar, Senator Marzuki Yahya.

Manakala antara pimpinan peringkat negeri yang hadir bagi memberikan penghormatan terakhir termasuk Speaker Dewan Undangan Negeri Suhaizan Kayat serta Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Komunikasi dan Multimedia, Dzulkefly Ahmad

Jenazah, Allahyarham Dr Md Farid selamat dikebumikan

Selain itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Mohd Khuzzan Abu Bakar, Adun Pekan Nanas, Yeo Tung Siong, Adun Pulai Sebatang, Taqiuddin Cheman dan Adun Putwri Wangsa yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Mazlan Bujang.

Advertisement

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam dekat Kampung Chokoh Besar, Serkat, Pontian kira-kira jam 5.30 petang tadi.

 

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top