BM | EN | 中文

Dr Adham Baba minta Umno beri laluan Muhyiddin pertahan Pagoh

Adham-Baba.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 3 JAN: Umno Johor sudah memaklumkan kepada pucuk pimpinan parti itu tentang kesedian mereka untuk memberi laluan kepada Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin mempertahankan kerusi Pagoh pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Penerangan Umno Johor Dr Adham Baba yang mendakwa cadangan itu telah pun disampaikan kepada pucuk pimpinan parti baru-baru ini.

“Muhyiddin seharusnya diberi laluan untuk kekal bertanding di Pagoh,” katanya, Berita Harian semalam.

Advertisement

Menurut Adham antara faktor yang diambil kira bagi pendirian tersebut ialah pengalaman dan kecekapan Muhyiddin selaku perdana menteri mentadbir negara terutamanya ketika berdepan wabak Covid-19.

Justeru katanya yang dilantik Muhyiddin menjadi menteri kesihatan Perikatan Nasional (PN) usaha dan kerja perdana menteri wajar diiktiraf.

“Umno Johor sudah beri gambaran pada pucuk pimpinan. Kita harus beri laluan pada (Tan Sri) Muhyiddin untuk terus bertanding di Pagoh pada PRU15,” katanya.

Advertisement

Dr Adham yang juga Ketua Umno Tenggara berkata demikian selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Wanita Umno bahagian itu di Kota Tinggi semalam.

Nov lalu, Pengerusi Jemaah Penasihat Umno Tengku Razaleigh Hamzah dilaporkan berkata, mereka akan meletakkan calon sendiri di parlimen Pagoh pada PRU15 sekali gus menandakan Muhyiddin akan dicabar oleh parti yang menjadi sebahagian daripada PN.

Muhyiddin menjadi ahli parlimen Pagoh sejak 1978 ketika bersama BN dan mempertahankannya pada PRU14 yang bertanding atas tiket Pakatan Harapan.

Advertisement

Dalam pada itu, Adham berkata Umno adalah parti dalam PN dan dan dia yakin pakatan itu akan terus diterima rakyat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top