BM | EN | 中文

Dokumen sensitif tentera laut Malaysia bocor di laman web gelap, lapor media Singapura

kd-lekiu-TLDM.jpg

Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR, 17 OGOS: Dokumen tentera laut Malaysia yang terbocor dimuatnaik ke laman web gelap, lapor media Singapura, The Straits Times (ST) hari ini.

Dokumen itu antara maklumat ketenteraan yang dicuri daripada pelbagai negara dan kontraktor perrtahanan yang ditemui di sebuah portal di laman web gelap.

Laman Malay Mail Online yang memetik laporan ST berkata, kira-kira 70 dokumen maklumat yang dimuatnaik itu difahami berasal dari beberapa sumber yang menggodam akaun e-mel anggota tentera.

Namun dilaporkan tidak diketahui niat penggodam itu untuk menjual atau berkongsi data tersebut.

ST melaporkan bahawa dokumen yang dimuatnaik itu memuatkan maklumat mengenai jumlah tentera di beberapa pangkalan tentera laut dan tentera Malaysia tahun lalu, syarat untuk pemeriksaan tentera laut; pegawai kanan dan junior tentera laut Malaysia yang telah didakwa melakukan rasuah, mengambil dadah dan tidak hadir tanpa permohonan cuti.

ST turut melaporkan bahawa salah satu dokumen itu termasuk surat diplomatik AS pada Julai lalu yang memperincikan peralatan radar kapal perang AS dan frekuensi yang digunakan ketika meminta kapal itu berlabuh di sebuah pelabuhan di Sabah pada bulan Ogos tahun lalu.

ST melaporkan bahawa tentera laut Malaysia telah maklum tentang data yang dibocorkan, dan seorang jurucakap menjawab bahawa “tidak ada komen mengenai masalah tersebut”.

Tambah ST lagi, laman web gelap di mana dokumen tentera laut dijumpai membawa pautan ke maklumat sulit yang diperoleh daripada penggodaman akaun e-mel kakitangan tentera laut Nigeria, kontraktor pertahanan Eropah dan India.

Laman web gelap (dark web), merujuk kepada rangkaian laman web yang tidak mudah diakses oleh pengguna internet biasa dan biasanya digunakan untuk kegiatan haram oleh mereka yang ingin menyembunyikannya dari perhatian orang ramai dan undang-undang.

Antara lain, maklumat yang digodam dan dicuri itu untuk dijual atau diperdagangkan untuk pengguna kriptokewangan tanpa nama (anonymous).

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top