BM | EN | 中文

Dokumen palsu: Pegawai Majlis Bandaraya Iskandar Puteri antara ditahan

SPRM-MACC.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 9 OGOS: Seorang pemilik syarikat kontraktor dan seorang penolong jurutera Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki mengemukakan dokumen palsu bagi tujuan mendapatkan kelulusan kerja-kerja MBIP dengan nilai tuntutan lebih RM350,000.

Menurut sumber, kelulusan kerja-kerja MBIP itu melibatkan kerja mengikis permukaan jalan dan menurap semula jalan serta mengecat semula petak meletak kenderaan sepanjang 2018 hingga 2020.

“Kedua-dua individu lelaki dan perempuan berusia 36 dan 45 tahun itu ditahan kira-kira pukul 6 petang, semalam di Pejabat SPRM Johor bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan.

Advertisement

“Hasil siasatan mendapati penolong jurutera berkenaan telah bersubahat bersama pemilik syarikat kontraktor yang mempunyai dua syarikat berdaftar miliknya dengan mengemukakan dokumen dan sijil palsu,” menurut sumber.

Sumber mendedahkan dokumen dan sijil Perolehan Kerja Kerajaan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), Perakuan Pendaftaran CIDB Malaysia dan sijil Kontraktor Kerja Taraf Bumiputera dengan Kementerian Kewangan yang mengandungi butir matan palsu itu dikemukakan kepada MBIP bagi mendapatkan kelulusan kega.

Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 dan Mika sabit kesalahan boleh dikenakan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mana yang tinggi dan penjara maksimum 20 tahun.

Advertisement

Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Sementara itu, Majistret Nurmadiana Mamat membenarkan permohonan reman ke atas kedua-dua individu bermula hari ini sehingga 14 Ogos depan.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top