BM | EN | 中文

Doktor kontrak Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru sertai hartal

hartal-doktor-kontrak-HSA-johor-bahru.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 26 JUL: Lebih 30 doktor kontrak di Hospital Sultanah Aminah (HSA) menunjukkan solidariti kepada gerakan Hartal Doktor Kontrak dengan membuat perarakan aman di kawasan hospital tersebut.

Utusan Malaysia melaporkan, perarakan bermula pukul 11.10 pagi membabitkan sekumpulan doktor kontrak yang berpakaian serba hitam mula berarak di lobi utama mengelilingi blok hospital sejauh tiga kilometer.

Kesemua yang terlibat dalam perarakan aman itu turut mengikut prosedur operasi standard (SOP) dengan memakai pelitup muka serta menjaga penjarakan fizikal.

Advertisement

Kelihatan seramai 20 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkawal di lokasi tersebut bagi memastikan perarakan dibuat dalam keadaan aman dan tenang tanpa melakukan sebarang provokasi.

Sementara itu, jurucakap doktor kontrak berkenaan berkata, kesemua doktor yang menyertai perarakan mogok aman itu berada dalam waktu rehat mereka dan tidak menjejaskan tugasan di hospital itu.

“Kami akan menyambung kembali tugasan selepas waktu rehat kami tamat nanti.

Advertisement

“Tiada kenyataan lain akan dikeluarkan kerana tujuan perarakan mogok ini sudah diketahui umum,” katanya sebelum bersurai dari perarakan itu.

Katanya, bukan semua doktor kontrak terlibat dalam perarakan mogok ini kerana ada antaranya terikat dengan tanggungjawab mengutamakan kepentingan pesakit terlebih dahulu.

Berdasarkan maklumat, dianggarkan kira-kira 100 doktor kontrak yang bekerja di HSA ketika ini.

Advertisement

Gerakan Hartal Doktor Kontrak sebelum ini berkata, mogok akan diteruskan di hospital dan klinik kesihatan seluruh negara kerana kerajaan didakwa gagal memenuhi beberapa tuntutan kumpulan doktor kontrak dalam perkhidmatan awam.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top