BM | EN | 中文

Doakan kemelut politik negara selesai segera – Pemuda AMANAH

Muhamad-Taqiuddin.jpg
Advertisement

PONTIAN, 16 OGOS: Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) hari ini menyeru agar semua pihak memanjatkan doa bagi penyelesaian kemelut politik negara.

Kata Timbalan Ketua Pemuda AMANAH, Muhammad Taqiuddin Cheman, selain seruan doa agar kemelut ini berakhir, beliau turut mengajak agar rakyat juga berdoa untuk diberikan pasukan kepimpinan yang baharu dan bertanggungjawab.

“Saya ingin menyeru kepada semua sahabat Pemuda AMANAH dan seluruh rakyat Malaysia untuk kita memanjatkan doa memohon ke hadrat Ilahi, agar kemelut politik yang berlaku dapat diselesaikan segera dengan harapan pasukan baharu dapat dibentuk untuk memimpin negara.

Advertisement

“Kita juga berdoa agar semua pemimpin politik yang bertanggungjawab dalam menyelesaikan kemelut ini dapat segera membuat keputusan yang terbaik buat negara.

“Marilah kita memohon ke hadrat Allah s.w.t aafiyah buat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah untuk menyempurnakan kuasa-kuasa baginda dalam melantik Perdana Menteri baharu yang benar-benar dapat membela nasib rakyat.

“Mudah-mudahan doa kita semua ini diangkat dan dimakbulkan Allah s.w.t,” katanya dalam satu kenyataan beliau hari ini.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top