BM | EN | 中文

DJ LIN TERLIBAT KEMALANGAN BERTEMBUNG KERETA ARAH BERTENTANGAN

AD6424C5-E155-4ED2-A75B-06BF1748153E.jpeg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 17 OGOS: Penyampai radio popular DJ Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abdul Majid terlibat dalam satu kemalangan jalan raya  dari arah bertentangan Petaling Jaya Khamis lalu, lapor mStar.

Penyampai radio Suria FM berusia 44 tahun tersebut bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan manakala keretanya rosak di bahagian hadapan.

Menceritakan semula kejadian tersebut, DJ Lin berkata dia dalam perjalanan pulang dari pejabat sebelum sebuah kereta secara tiba-tiba melintas di hadapan kereta yang dipandunya.

Advertisement

“Alhamdulillah saya dan pemilik kenderaan tersebut tiada sebarang kecederaan tetapi kereta saya rosak.

“Mungkin hujan lebat menyebabkan pemandu berkenaan tak perasan kehadiran kereta saya sehingga menyebabkan pelanggaran itu,” katanya lagi.

 

Advertisement

Sumber: mStar

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top