BM | EN | 中文

DIUSIK KETIKA BERKEMPEN, KARMAINE TETAP SENYUM

Advertisement

PONTIAN, 7 NOV: Meskipun diusik oleh penyokong Barisan Nasional (BN), calon Pakatan Harapan (PH) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, Karmaine Sardini tetap melemparkan senyuman.

Ketika Karmaine tiba di Pasar Lambak Kampung Parit Haji Adnan, di sini petang semalam, sekumpulan penyokong BN yang berada diatas pacuan empat roda menggunakan pembesar suara mengeluarkan ayat-ayat cenderung provokasi.

Namun, para sukarelawan PH hanya meneruskan tugas mengedarkan risalah dan bahan kempen kepada pengunjung Pasar Lambak, manakala Karmaine pula bersalaman dengan para peniaga.

Advertisement

Karmaine bersalaman dengan peniaga di Pasar Lambak Kampung Parit Haji Adnan

Sementara itu, ada di kalangan pengunjung dan peniaga turut mengambil kesempatan bersalaman dan bergambar dengan Karmaine.

Terdahulu, Karmaine, 66, juga dilihat berbual mesra dengan para pengunjung dan sempat ‘mengeteh’ bersama di gerai berhampiran.

Terdapat kira-kira 100 buah gerai jualan di pasar berkenaan yang diadakan setiap minggu yang mana ianya menjual barangan hasil tani, makanan dan pelbagai barangan keperluan asas.

Advertisement

Kampung Parit Haji Adnan merupakan salah satu dari kawasan tumpuan parti-parti yang bertanding terletak di dalam Pusat Daerah Mengundi (PDM) South Malaya.

PRK Tanjung Piai bakal berlangsung 16 November ini menyaksikan pertandingan enam penjuru membabitkan calon PH, BN, Gerakan, Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) dan dua calon Bebas.

Selain Karmaine. turut bertanding ialah Wendy Subramaniam, 38, dari Gerakan, Datuk Seri Wee Jeck Seng, 55, (BN-MCA); Dr Ang Chun Lok, 49, (Bebas); Datuk Dr Badhrulhisham Abdul Aziz, 55, (Berjasa) dan Faridah Aryani Abdul Ghaffar, 43 (Bebas).

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top