BM | EN | 中文

Dituduh ‘arah ubah kandungan buku teks’, MP Kulai akan ambil tindakan undang-undang

teo-nie-ching-mp-kulai.jpg
Advertisement

KULAI, 27 FEB: Ahli parlimen Kulai, Teo Nie Ching akan mengambil tindakan undang-undang susulan tuduhan ‘campur tangan’ dalam mengubah isi kandungan buku teks sejarah sekolah.

Mantan timbalan menteri pendidikan itu berkata demikian susulan tuduhan Datuk Yazid Othman, Timbalan Pengerusi Sekretariat NGO Tolak BST4 dengan niat jahat menuduhnya mengeluarkan arahan untuk menukar kandungan buku teks tersebut.

Kata Nie Ching tuduhan dibuat dalam program siaran langsung di laman facebook yang dimudahcara pemuda UMNO semalam.

Advertisement

“Sepanjang berkhidmat di Kementerian Pendidikan Malaysia, saya dan pegawai-pegawai di pejabat Timbalan Menteri Pendidikan tidak pernah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penyediaan draft dan kerja percetakan buku-buku teks.

“Apatah lagi untuk mengeluarkan arahan mengubah kandungan buku sejarah. Ternyata sumber yang dinyatakan oleh Datuk Yazid sendiri mendatangkan keraguan melampau.

“Kesemua tuduhan Datuk Yazid Othman adalah tidak berasas, berniat jahat dan tidak munasabah.

Advertisement

“Saya akan berbincang dengan peguam untuk mengambil tindakan undang-undang bagi mempertahankan reputasi dan kredibiliti saya semasa menjalankan tugas sebagai Timbalan Menteri Pendidikan,” kata Nie Ching dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, semasa memegang jawatan timbalan menteri pendidikan, pihaknya seringkali dihujani pelbagai isu dibawa pembangkang.

“Namun kali ini agak unik kerana propaganda mengenai Buku Teks Sejarah Tingkatan 4 dimulakan oleh Ketua Pergerakan Pemuda Umno yang merupakan antara komponen penting di dalam pentadbiran Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Advertisement

“Kerajaan yang sedang memerintah namun masih cuba mengaitkan kami yang kini berada di kerusi pembangkang,” ujarnya.

Kata Nie Ching lagi, mantan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik sendiri telah menjelaskan tentang proses bagaimana buku teks tersebut disediakan.

“Mustahil terdapat campurtangan saya dalam perkara tersebut,” katanya lanjut.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top