BM | EN | 中文

Disyaki terima rasuah: Reman pegawai kanan MBJB disambung hingga Isnin

dato-bandar-mbjb.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 14 OGOS: Seorang pegawai kanan di Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) yang disiasat berkaitan rasuah ketika bertugas di Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), disambung reman empat hari lagi sehingga Isnin.

Perintah reman ke atas lelaki berusia 60 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Normadiana Mamat semalam.

Pada 10 Ogos lepas, pegawai kanan berkenaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki menerima rasuah daripada kontraktor ketika berkhidmat di MBIP.

Advertisement

Sementara itu, Normadiana turut membenarkan permohonan reman selama enam hari oleh SPRM ke atas seorang pesara, mulai hari ini hingga Rabu depan.

Lelaki berusia 60 tahun itu, ketika menjadi penjawat awam, dipercayai telah bertindak sebagai orang tengah kepada pegawai kanan MBJB itu bagi mendapatkan wang rasuah daripada kontraktor-kontraktor sebagai balasan meluluskan kerja yang dilaksanakan oleh kontraktor bagi projek-projek yang dikeluarkan oleh pihak MBJB dalam tahun 2020 dan 2021.

Permohonan reman ke atas kedua individu itu dibuat bagi membolehkan SPRM menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top