BM | EN | 中文

Disyaki simbah cat merah di Taman Nusa Indah, tiga remaja ditahan

Tiga-remaja-ditahan-disyaki-simbah-cat-merah-Nusa-Indah.jpg

Gambar Ehsan FB Community Roda Johor

Advertisement

JOHOR BAHRU, 4 MAC Tiga lelaki ditahan selepas disyaki menyimbah cat merah pada sebuah rumah diduduki seorang wanita di Taman Nusa Indah di sini malam Selasa.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, kesemua mereka yang merupakan tukang masak, tukang gunting rambut serta penganggur berumur antara 17 hingga 18 tahun itu ditahan di sebuah pondok pengawal keselamatan di kawasan perumahan sama pada jam 10.15 malam iaitu kira-kira 10 minit selepas menyimbah cat di rumah wanita tersebut.

“Menurut wanita berumur 42 tahun dan tidak bekerja itu, dia didatangi tiga lelaki pada jam 10.05 malam tadi di hadapan pintu pagar rumahnya.

Advertisement

“Ketiga-tiga lelaki berkenaan kemudian bertindak menyimbah cat berwarna merah ke dalam kawasan rumah dan terkena sebuah kenderaan pelbagai guna jenis Proton Exora miliknya dengan kerugian dialami dianggar bernilai kira-kira RM500,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Dzulkhairi berkata, ketiga-tiga lelaki terbabit turut meninggalkan sekeping nota berbaur ugutan sebelum beredar dari rumah wanita itu.

Beliau berkata, semasa ketiga-tiga mereka beredar dari rumah wanita itu, mereka sempat ditahan oleh pengawal keselamatan di pondok pengawal kawasan perumahan terbabit.

Advertisement

Terdahulu SH Online melaporkan polis bertindak atas maklumat awam tiba di pondok pengawal itu menahan ketiga-tiga mereka dan merampas sebuah kereta Proton Saga serta dua paket plastik berisi cecair cat berwarna merah.

“Semakan rekod jenayah mendapati masing-masing mempunyai satu rekod lampau, namun ujian saringan air kencing mendapati kesemuanya negatif dadah,” katanya.

Katanya, kesemua mereka kini sedang disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top