BM | EN | 中文

Disyaki rasuah, pengurus syarikat dan setiausaha koperasi ditahan SPRM Johor

SPRM-MACC.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 27 MAC: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Segamat menahan seorang pengurus syarikat dan seorang setiausaha koperasi sejak semalam kerana dipercayai menerima rasuah dan salah guna kuasa.

Menurut sumber, pengurus berumur 39 tahun yang bekerja di Bukit Besar, Kulai itu ditahan di Pejabat SPRM Johor di sini, kira-kira pukul 3.00 petang semalam manakala setiausaha Koperasi yang berumur 60 tahun itu pula ditahan semalam, juga di Pejabat SPRM Johor.

Sumber itu berkata hasil siasatan mendapat pengurus berkenaan menerima wang rasuah lebih RM140,000 daripada sebuah syarikat kontraktor sebagai balasan untuk mendapatkan kerja kerja selenggara di sebuah ladang kelapa sawit.

Advertisement

Setiausaha koperasi berkenaan pula didapati menggunakan jawatan dan kedudukannya bagi mendapatkan kerja mengangkut hasil sawit di Segamat bernilai RM300,000.

Kes disiasat mengikut Seksyen 16(a) (A) dan Seksyen 23 Akta SPRM 2009 yang jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mana lebih tinggi, dan penjara tidak melebihi 20 tahun.

Bernama melaporkan, Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias mengesahkan tangkapan tersebut.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top