BM | EN | 中文

Disyaki buat tuntutan palsu, pengarah syarikat ditahan SPRM Johor

sprm.jpeg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 19 JAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang pengarah syarikat bagi membantu siasatan kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu kepada agensi kerajaan melibatkan jumlah RM25,000.

Wanita berusia 47 tahun itu ditahan selepas memberikan keterangan di Pejabat SPRM Johor Bahru di sini kira-kira jam 2 petang pada Rabu.

Menurut sumber, wanita itu dipercayai telah mengemukakan dokumen palsu kepada sebuah kementerian di Putrajaya bagi proses tuntutan pembayaran balik subsidi minyak masak sawit tulen.

Advertisement

“Suspek telah mengemukakan dokumen palsu berbentuk invois dengan menggunakan nama syarikat lain kepada kementerian berkenaan bagi proses tuntutan tersebut sepanjang tahun 2019,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias dilaporkan SH Online mengesahkan penahanan berkenaan dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Beliau berkata, suspek berkenaan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru di sini pada Khamis bagi mendapatkan permohonan reman.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top