BM | EN | 中文

Diskriminasi dan hak wanita: PAS perlu nyatakan pendirian

Kasthuri-Patto-Azalina-Othman.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 15 JUL: Parti Pas perlu menyatakan pendirian berhubung adab dan sikap terhadap wanita sekiranya parti itu benar-benar mahu memperjuangkan maruah golongan itu.

Perkara itu dinyatakan Asatizah Parti Amanah Negara (AMANAH) negeri Johor, Zaaba Ibrahim merujuk pelantikan Timbalan Speaker Datuk Seri Azalina Othman Said di Dewan Rakyat Isnin lalu.

Katanya, Pas seolah-olah longgar dalam menegakkan pendirian mereka yang sebelum ini berkeras mahu menjalankan hukum mengikut ajaran Islam di negara ini.

Advertisement

“Akhirnya bila Azalina dilantik, Pas hilang taring dan tidak bersuara soal aurat. Apakah perjuangan Pas selama ini hanya memikirkan soal kepentingannya sahaja?

“Mana perjuangan mahu menegakkan syariat Allah sedangkan perkara sebegini pun tidak mampu dilakukan atau dilaksanakan oleh Pas?

“Ternyata Pas sudah mengalah dan berlembut demi kepentingan peribadi mereka sahaja, bukan kerana agama secara jujurnya,” tegasnya.

Advertisement

Menyentuh isu maruah wanita, Zaaba turut menempelak Pas yang tidak memperjuangkan nasib kaum Hawa tersebut.

“Kalau nak kata soal maruah wanita, di mana suara Pas apabila kenyataan seksis ahli parlimen Baling terhadap ahli parlimen Batu Kawan?

“Ternyata soal perjuangan maruah wanita hanya mainan atau retorik parti Pas dalam meraih simpati umum. Tidak lebih dari itu.

Advertisement

“Saya mendesak Pas menyatakan pendirian di dalam Dewan Rakyat untuk menegur Timbalan Speaker serta meminta ahli parlimen Baling untuk memohon maaf kepada umum berkenaan kenyataan beliau yang telah memperkecilkan wanita,” tegasnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top