BM | EN | 中文

Diskaun 50 peratus saman trafik bermula 18 Januari

PhotoGrid_1579157000972.jpg

KUALA LUMPUR, 16 JAN: Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mengumumkan pemberian diskaun sebanyak 50 peratus bagi pembayaran saman trafik secara dalam talian bermula dari 18 Jan hingga 1 Feb ini.

Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya akan lebih menekankan kepada kaedah e-pembayaran bagi mana-mana pihak untuk melunaskan saman-saman tertunggak terutama sempena musim perayaan ini.

“Sempena pelancaran Op Selamat edisi kali ini, PDRM dengan sukacitanya ingin menawarkan diskaun sebanyak 50 peratus bagi pembayaran saman terpilih kepada pengguna jalan raya yang ingin menjelaskan saman mereka bermula pada 18 Januari hingga 22 Januari 2020.

“Sepanjang tempoh lima hari tersebut, orang ramai boleh melayari portal www.myeg.com.my dan www.rilek.com.my bagi membayar saman serta menikmati diskaun yang ditawarkan,” kenyataan tersebut dipetik.

Sementara itu, menurut Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias, melalui kaedah ‘bayaran dalam talian’ ia tidak memerlukan para pengguna untuk berbaris sehingga berjam lamanya.

“Anda semua boleh membuat pembayaran secara dalam talian dengan MyEg dan Rilex.com,” katanya pada sidang media khas sempena pencapaian 2019 dan perancangan 2020 PDRM di Bukit Aman di Kuala Lumpur, 14 Januari lalu.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top