BM | EN | 中文

Dilantik WHO pegang jawatan, kini masanya Khairy pulih imej negara

lim-kit-siang-khairy-jamaluddin-.jpg

Grafik Ehsan Malaysiakini

Advertisement

KUALA LUMPU, 28 OKT: Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memiliki masa selama setengah tahun untuk Malaysia memulihkan imej negara yang dilihat sebagai negara dengan prestasi terburuk dalam mengendalikan Covid-19.

Ahli parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang berkata adalah membimbangkan apabila angka kes harian meningkat kepada 6,148 kes 2,448,372 kes kumulatif serta kadar kematian akibat Covid-19 masih kekal tinggi dengan 98 kematian, termasuklah 32 kes BID, membawa jumlah keseluruhan korban akibat Covid-19 kepada 28,674 kematian

“Tahniah kepada Khairy atas pencalonan sebulat suara oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Kawasan Serantau Pasifik Barat (WPR) untuk beliau sebagai Naib Presiden ke-75 Perhimpunan Kesihatan Sedunia yang akan berlangsung di antara 22 hingga 28 Mei 2022 di Geneva.

Advertisement

“Setakat ini, Malaysia berada di tempat ke-20 dengan jumlah kes terkumpul tertinggi di dunia dan kita adalah negara dengan populasi terkecil dalam senarai ini.

“Senarai ini diketuai oleh Amerika Syarikat yang mempunyai 333 juta penduduk dengan 46.5 juta kes Covid-19; tempat kedua, India, 1.4 bilion penduduk dengan 34 juta kes; tempat ketiga, Brazil dengan populasi 215 juta dan 21.7 juta kes; United Kingdom di tempat keempat dengan 68 juta penduduk dan 8.9 juta kes Covid-19, dan Rusia di tempat kelima dengan 146 juta penduduk dan 8.4 juta kes Covid-19.

“Namun, kadar kematian akibat Covid-19 semalam meletakkan Malaysia dalam kalangan 15 negara teratas di dunia, melebihi Indonesia yang mencatatkan 29 kematian; Vietnam 54 kematian; Jepun 14 kematian; dan Korea Selatan dengan sembilan kematian,” kata Kit Siang, menurut laporan Roketkini.

Advertisement

Ujarnya lagi, peningkatan kes dan kadar kematian ini adalah membimbangkan apabila negara berada dalam proses pembukaan semula untuk menghidupkan semula ekonomi.

Dalam masa yang sama kata Kit Siang, Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan 8 dan 20 November sebagai tarikh penamaan calon dan hari mengundi untuk Pilihan Raya Negeri Melaka.

“Kementerian Kesihatan dan Suruhanjaya Pilihan Raya perlu mendapatkan pendapat semua pihak mengenai SOP yang dilaksanakan untuk menyeimbangkan pembukaan semula ekonomi, pelaksanaan pilihan raya yang bebas, adil, dan bersih, dan objektif memenangi perang melawan wabak Covid-19,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top