BM | EN | 中文

‘DIKERAT-KERAT BADANNYA, DISUMBAT DALAM BEG BAJU

garisan-polis-fmt-241218-3.jpg

JOHOR BAHRU, 27 OGOS: Dalam satu kejadian yang mengejutkan orang ramai, mayat seorang wanita yang dipercayai dibunuh, dijumpai dalam sebuah beg pakaian yang dicampak ke dalam parit di Persiaran Kuala Selangor, Seksyen 27, di Shah Alam, hari ini.

Dalam kejadian awal pagi tadi, mayat  wanita tersebut ditemui orang awam dalam keadaan anggota badannya dikerat, dengan kepala mangsa dijumpai dibalut dengan beg plastik.

Mangsa yang dianggarkan berumur 30an, dipercayai mati tiga hari lalu, berdasarkan keadaan mayat, menurut polis.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, identiti mangsa yang berkulit cerah tersebut belum dikenalpasti.

Dalam laporan Sinar Harian, mangsa dilaporkan memakai gelang berwarna kuning di salah satu tangannya. Mayat dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk bedah siasat.

“Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menyalurkannya kepada pegawai penyiasat, Asisten Superintendan Daniel Lee di talian 019-6820550 atau terus ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah alam di talian 03-55202222,” Baharudin dipetik dalam laporan sama.

Sumber: Sinar Harian

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top