BM | EN | 中文

Dijangka 7 juta hilang kerja menjelang September, tangani segera penggangguran

Muhamad-Taqiuddin.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 12 JUL: Anggaran penggangguran mencecah 7 juta menjelang September ini dilihat semakin membimbangkan.

Mengulas perkara itu, Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Muhammad Taqiuddin Cheman berkatam kerajaan perlu segera dan memberi fokus penyelesaian kepada perkara tersebut.

Ujarnya ia bakal menambah masalah sosial di kalangan rakyat yang dijangka turut meningkat akibat penggangguran.

Advertisement

Katanya, lebih 2 juta penggangguran berlaku tahun lalu dan dijangka meningkat lagi sebanyak 5 juta menjelang September tahun ini.

“Ini amat membimbangkan. Langkah segera perlu diambil untuk menyelamatkan rakyat yang ketika ini bergelumang dengan masalah.

“Rakyat kini sudah bosan dengan sengketa (politik). PKP tidak mendatangkan masa depan yang baik pada negara.

Advertisement

“Dukacita apabila Perdana Menteri dan kabinet dilihat langsung tidak berfungsi untuk memperbaiki keadaan yang dihadapi,” ujarnya.

Adun Pulai Sebatang itu mencadangkan agar kerajaan melibatkan pakar ekonomi dan sosial untuk memberikan pandangan dan cadangan dalam usaha membaiki keadaan yang kian meruncing.

“Sekiranya perkara itu tidak dapat dibuat maka kerajaan memang sengaja membiarkan rakyat berdepan masalah ekonomi dan sosial.

Advertisement

“Ini perkara penting yang perlu kerajaan lakukan.

“Bukan hanya berdiam diri dan membiarkan perkara ini terus berlaku,” ujarnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top