BM | EN | 中文

DIJANGKA 10,000 PENYOKONG PARTI BERI SOKONGAN

penamaan-calon-1.jpg
Advertisement

PONTIAN, 1 NOV : Kira-kira 10,000 penyokong parti akan hadir memberi sokongan kepada calon masing-masing pada hari penamaan calon Pilihan Raya Kecik (PRK) Tanjung Piai yang akan berlangsung di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, di sini, esok.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, berikutan itu, pihaknya telah mengambil langkah keselamatan yang perlu bagi menjamin proses tersebut berlangsung dalam suasana aman dan terkawal.

Katanya, seramai 412 orang pegawai dan anggota polis telah diaturkan untuk bertugas untuk memastikan kelancaran proses penamaan calon itu.

Advertisement

“Mengikut maklumat yang kita ada dalam 10,000 penyokong akan hadir esok dari semua parti.

“Oleh itu, kita telah aturkan kawasan di zon tertentu bagi menempatkan para penyokong parti yang bertanding. Setakat ini, kita mendapat tahu empat parti yang akan bertanding.

“Jadi, nasihat saya kepada para penyokong yang akan hadir esok untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan kerana kita tidak mahu berlaku insiden yang tidak diingini,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian, di sini, hari ini.

Advertisement

Mohd Kamaruddin berkata, bagi melancarkan proses penamaan calon, penutupan jalan tertentu akan dilakukan pada 8 pagi hingga 12 tengahari esok.

“Laluan yang terlibat termasuklah Jalan Osman, Jalan Ismail serta Jalan Dewan. Maka, jalan alternatif yang disediakan Jalan Bakek, Jalan Al-Sagoff dan Jalan Parit Mesjid.

“Kedudukan untuk parti yang bertanding adalah Jalan Ismail untuk parti Pakatan Harapan (PH); Barisan Nasional di Jalan Osman; Parti Gerakan di Jalan Dewan di bahagian kiri serta calon parti bebas pula di Jalan Dewan di bahagian kanan,” katanya yang memberitahu sebarang perarakan kenderaan tidak dibenarkan.

Advertisement

Dalam pada itu, beliau memberitahu, pihaknya sedang mengenalpasti pemilik akaun Facebook persendirian yang disyaki mengaibkan calon PH, Karmaine Sardini.

“Kita ada menerima laporan berkenaan mengaibkan calon PH di media sosial, minggu lalu. Siasatan lanjut masih dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia dan di bawah 505 (b) Kanun Keseksaan dan setakat ini tiada tangkapan dibuat,” katanya lagi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top