BM | EN | 中文

Dihukum lima bulan penjara ceroboh Istana Pasir Pelangi

IMG-20200527-WA0001.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 27 MEI: Seorang bekas pekerja hotel dijatuhkan hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas kesalahan menceroboh Istana Pasir Pelangi pada jam 9.22 pagi, 22 Mei lalu.

Tertuduh, Juel Huran, 35, dijatuhkan hukuman tersebut oleh Majistret, Lee Jun Keong selepas membuat pengakuan bersalah.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didapati bersalah kerana berada di kawasan istana tanpa memiliki pas, permit atau kad yang dikeluarkan mana-mana pihak berkuasa.

Advertisement

Jika disabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya sekali.

Dalam rayuannya, tertuduh yang tidak lagi bekerja sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan memohon dikurangkan hukuman kerana menanggung isteri yang tidak bekerja dan dua orang anak.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Benedict Choong Kai-Qi manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top