BM | EN | 中文

DIDIK ANAK BUKAN TANGGUNGJAWAB TABIKA SEMATA-MATA

IMG-20191115-WA0011.jpg
Advertisement

 

JOHOR BAHRU, 15 NOV : Ibu bapa diseru tidak melepaskan tanggungjawab pendidikan anak-anak mereka kepada pihak Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) semata-mata.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Liow Cai Tung berkata, ibu bapa juga perlu mengambil peranan untuk turut sama mendidik anak-anak mereka.

Advertisement

“Tanggungjawab sebagai ibu bapa amat besar. Oleh itu saya seru ibu bapa apabila hantar anak mereka ke Tabika Kemas jangan hanya bergantung kepada guru-guru di sekolah.

“Apa-apa diajar di tabika sepatutnya ibu bapa teruskan di rumah. Misalnya pihak kerajaan sekarang sedang memupuk murid tentang kesedaran kitar semula yang sedang dilaksanakan.

“Tetapi sekiranya mereka pulang ke rumah (dan) ibu bapa tidak menerapkan apa yang telah mereka pelajari, pendidikan berkenaan dilihat gagal.

Advertisement

“Tambahan pula amalan nilai murni semuanya perlu bermula di rumah,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan Negeri Johor dan Penyampaian Hadiah Akhir Tahun Tabika Kemas Skudai Tahun 2019 di Mydin Mall Mutiara Rini, Skudai, hari ini.

Dalam majlis itu, seramai 238 kanak-kanak dari tujuh tabika kemas di Skudai diraikan.

Advertisement

Antara yang terlibat Tabika Kemas Pahlawan, Tabika Kemas Delima, Tabika Kemas Dinamik, Tabika Kemas Gemilang, Tabika Kemas Tuah Kampung Laut, Tabika Kemas Nur Nilam Seri dan Tabika Kemas Sinar Mutiara 1 dan 2.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top