Skandal kapal tempur pesisir (LCS) yang masih hangat diperkatakan telah mencetuskan pelbagai perdebatan dalam kalangan peminat politik.
Laporan PAC berhubung latar belakang LCS sehinggalah status terkini menyebabkan kedua-dua belah pihak kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) saling salah-menyalah.
Oleh kerana skandal tersebut bermula ketika zaman pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, serangan terhadap beliau bertalu-talu daripada pelbagai pihak.
Seperti biasa, Najib pula membalas serangan itu dengan pelbagai hantaran di laman sosial Facebooknya.
Ketika serangan masih hangat dibuat, muncul cadangan daripada seorang netizen bernama Liyana Marzuki yang mencadangkan agar debat yang melibatkan Ketua Penerangan daripada UMNO, Shahril Hamdan dan PKR, Fahmi Fadzil dianjurkan untuk mengulas isu LCS.
https://www.facebook.com/liyana.marzuki.779/posts/pfbid02ay9UPtZHSizWRsLBu8D67jsRiXXRYB3Do6kGbYdCSMbpEfEq2CWAoK4dyS9R3Pmvl
Dalam satu hantaran di Facebook pada 14 Ogos lalu, Liyana yang pernah berkhidmat dengan MITI dan aktif mengulas isu semasa di laman sosial telah membuat cadangan debat itu yang mana turut melibatkan wartawan veteran sebagai moderator.
Tidak lama kemudian, Fahmi yang juga ahli Parlimen Lembah Pantai memberi komen dengan isyarat ‘on’.
Walau bagaimanapun, sehingga laporan ini dibuat, Shahril masih belum memberikan sebarang reaksi kepada cadangan debat tersebut.