BM | EN | 中文

Dia buat saya percaya pada kemanusiaan

Carney-Mak-dan-Sateesh-Karuppusamy-01-scaled.jpg

Carney Mak dan Sateesh Karuppusamy

Advertisement

JOHOR BAHRU, 9 JAN: “Dia buat saya percaya pada kemanusiaan,”. Itu luahan Carney Mak mengenai pemandu Grab, Sateesh Karuppusamy di laman Facebook, JB Tracer.

Menurut Carney, Sabtu lalu dompetnya tercicir sekitar jam 9 malam dan hanya menyedarinya semasa mahu membuat pembayaran selepas makan malam.

“Dalam perjalanan pulang ke Singapura, saya dapat panggilan dari pemandu Grab memberitahu dia akan memeriksa kereta dan akan maklumkan melalui whatsapp.

Advertisement

“Pemandu itu kemudian memaklumkan pada saya bahawa dompet saya telah dijumpai dan beliau bersetuju untuk datang dan pulangkan pada saya.

Tambah Carney, tindakan Santesh ini sangat mengharukan kerana sanggup ke Johor Bahru dari Melaka hanya untuk mengembalikan dompetnya.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top