BM | EN | 中文

Di saat Muhyiddin pamer kegagalan, Hasni tunjukkan tauladan

Liew-Chin-Tong.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 7 DIS: Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad, telah mempamerkan tauladan dalam mentadbir secara dwi-partisan di saat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang kebetulan merupakan Adun Gambir, gagal menunjukkannya.

Senator Liew Chin Tong berkata, situasi Muhyiddin dan Hasni agak serupa, namun laluan yang mereka pilih untuk meluluskan belanjawan masing-masing dan cara berurusan dengan pembangkang sangat berbeza.

“Meski ada hal-hal yang dikatakan Hasni boleh diketepikan sebagai sekadar retorik, sekurang-kurangnya beliau mempunyai retorik yang sesuai dengan masa, sementara Muhyiddin pula enggan melayan sekutu dan pembangkang dengan rasa hormat.

Advertisement

“Hasni melihat pembangkang sebagai rakan strategik dalam pentadbiran, yang bertentangan dengan idea lama Umno untuk mendominasi dan menghancurkan pembangkang.

“Kerajaan mesti bersedia untuk berinteraksi dengan pihak pembangkang secara konstruktif dan melayani pembangkang dengan rasa hormat kerana kerajaan hari ini boleh jadi pembangkang pada keesokan hari,” kata Chin Tong dalam satu kenyataan hari ini.

Pengerusi DAP Johor itu berkata, setiap parti mempunyai kekuatan setara dan bagi memastikan kestabilan tiada pihak boleh berbuat sesuka hati, kerana masyarakat memerlukan kepimpinan.

Advertisement

Katanya, kini masa untuk Umno, Bersatu dan semua parti-parti politik menyedari bahawa tidak mungkin ada satu parti dominan dan Malaysia hari ini adalah sebuah demokrasi 50:50.

Malah kata bekas timbalan menteri pertahanan itu, untuk beberapa pilihan raya lagi keputusan politik yang dihasilkan adalah 50:50.

“Tiada parti politik mampu mendominasi senario ini secara bersendirian,” ujarnya.

Advertisement

Tambah beliau, ketika Pakatan Harapan (PH) mentadbir Johor, pembangkang ketika itu diberikan peruntukan kawasan sebanyak RM50,000 buat pertama kali dalam sejarah, manakala anggota penyokong kerajaan kerajaan (backbencher) menerima RM300,000.

Terbaru, Menteri Besar Johor menambah peruntukan pembangkang kepada RM150,000 sementara memberi bayaran ‘one-off’ RM50,000 dana khas Covid kepada semua wakil rakyat tanpa mengira parti.

Dalam pada itu Chin Tong turut menghargai komitmen Hasni untuk mendapatkan kebenaran Pusat bagi meminda peraturan Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah agar wakil rakyat pembangkang dilibatkan dalam mesyuarat bulanan.

Advertisement

Hasni dilaporkan turut bersetuju membentuk jawatankuasa pilihan di peringkat DUN.

“Kita berharap kedua-dua kerajaan negeri dan pusat dapat memperlihatkan iltizam politik untuk menunaikan janji tersebut secepat mungkin.

“Kita ingin melihat jawatankuasa ini dibentuk pada sidang seterusnya dan diberi sumber dan petugas secukupnya bagi memainkan peranan secara bermakna.

Advertisement

“Bolehkah kita mempercayai Hasni? Adakah beliau melakukan ini semua hanya untuk meluluskan belanjawannya?

“Adakah beliau akan mengadakan pilihan raya mengejut apabila mempunyai peluang untuk memulihkan semula kegemilangan Umno, justeru mengakibatkan semua janji-janji ini menjadi sekadar cebisan kertas?

“Tiada siapa yang tahu. Tapi apa yang saya mahu sebut ialah Hasni kini bersedia menukar naratif dan menyediakan kerangka dwi-partisan yang baharu.

Advertisement

“Kita tidak melihat kepimpinan ini di pihak kerajaan persekutuan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya lanjut.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top