BM | EN | 中文

Dewan Serbaguna Pagoh dijadikan PPV

cover-covid-johor-01.jpg
Advertisement

MUAR, 5 JUN: Dewan Serbaguna Pagoh telah diluluskan sebagai pusat pemberian vaksin (PPV) (bukan kesihatan) kedua di daerah Muar, selepas Dewan Maharani.

Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) Negeri Johor dalam satu kenyataan semalam memaklumkan kelulusan itu dibuat pada 11 Mei lepas setelah meneliti permohonan daripada pentadbiran daerah.

“Menurut CITF, Mesyuarat Badan Bertindak CITF Negeri Johor pada 25 April menetapkan hanya . Dewan Maharani dan Hospital Pakar Sultanah Fatimah sahaja diluluskan sebagai PPV di Muar.

Advertisement

“Keputusan itu adalah berdasarkan syarat yang telah ditetapkan oleh CITF Persekutuan, iaitu sesebuah PPV boleh dibuka jika mempunyai sasaran jumlah pendaftaran vaksinasi di sesuatu kawasan dengan seramai 8,000 orang dalam radius 10 kilometer.

“Namun, pentadbiran daerah menerusi Pejabat Kesihatan Daerah juga telah mengambil inisiatif dan memohon pembukaan sebuah PPV di Pagoh bagi menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di kawasan Parlimen Pagoh atas faktor jarak dan pengangkutan,” menurut badan berkenaan.

Perkembangan terbaru itu sekali gus menangkis dakwaan tiga wakil rakyat pembangkang baru-w baru ini yang mempertikaikan mengapa tidak diwujudkan PPV di kawasan Parlimen Pagoh dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir yang diwakili oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Advertisement

Mengulas lanjut, CITF memaklumkan lawatan ke tapak penyelarasan bagi pembukaan PPV Dewan Serbaguna Pagoh itu telah dibuat pada 31 Mei lepas dengan janji temu pertama ditetapkan pada Ahad ini.

Menurut CITF, bagi PPV di Bukit Gambir, Tangkak yang dicadangkan untuk dibuka di Dewan Muafakat Johor pula, is sudah memulakan operasi sejak 1 Jun dengan jumlah kakitangan seramai 45 orang.

“Pembukaan PPV Bukit Gambir pada hari pertama telah menerima kehadiran seramai 150 orang awam untuk suntikan pertama manakala 408 orang lagi akan menerima suntikan pertama pada 6 dan 8 Jun ini,” menurut kenyataan itu.

Advertisement

Bernama

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top