BM | EN | 中文

Dewan Perniagaan One Belt One Road yakin langkah kerajaan kembalikan keyakinan pelabur

Dewan-Perniagaan-One-Belt-One-Road-OBOR.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 15 JAN: Dewan Perniagaan One Belt One Road (OBORCC) yakin kerajaan mampu mengembalikan keyakinan pelabur asing dan domestik sepanjang pelaksanaan darurat yang dijangka berakhir pada 1 Ogos depan.

Presidennya, Datuk Seri Tan Thian Lai juga menyifatkan keputusan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi perkenan pengisytiharan darurat pada Isnin lepas, sebagai langkah tepat dalam usaha membendung penularan COVID-19 di negara ini.

“Kami yakin bahawa vaksin COVID-19 yang akan diterima tidak lama lagi serta pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) pelbagai peringkat ini berkesan bagi memutuskan rantaian penularan COVID-19.

Advertisement

“Ini turut menjadi antara nilai tambah bagi menjadikan Malaysia sebagai prospek pelaburan yang baik,” katanya lapor Bernama.

Sehubungan itu, OBORCC berharap semua pihak sama ada pemain industri atau ahli politik dapat sentiasa berganding bahu bagi memastikan Malaysia terus relevan sebagai negara mesra perniagaan, sekali gus berupaya menarik lebih banyak pelabur asing.

Pada Isnin lepas, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan PKP 2.0 dilaksanakan di Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah bermula 13-26 Januari ini.

Advertisement

PKP Bersyarat pula dilaksanakan di Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan manakala Perlis dan Sarawak berada di bawah PKP Pemulihan bagi tempoh sama.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top