BM | EN | 中文

Dewan Negeri Johor bersidang 12 Ogos

Sultan-Ibrahim-Sultan-Iskandar.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 23 JUN: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Sultan Iskandar hari ini bertitah berkenan supaya Dewan Negeri Johor bersidang pada 12 Ogos.

Dalam titah hari ini, baginda turut berkenan untuk berangkat bagi merasmikan Pembukaan Penggal Persidangan Keempat pada tarikh tersebut yang akan diadakan di Kota Iskandar.

“Saya mahu semua Ahli Dewan bersatu hati untuk bersidang demi kepentingan rakyat dan Negeri Johor, terutama mengenai pelan tindakan bagi membantu kehidupan rakyat yang terjejas akibat wabak COVID-19 dan menyusun pelan pemulihan ekonomi Negeri Johor dengan sebaiknya.

Advertisement

“Saya berasa amat sedih melihat kehidupan rakyat saya yang dalam kesusahan, ketakutan dan kegelisahan sekarang ini. Saya juga kecewa kerana sehingga hari ini, masalah penularan virus Covid-19 masih belum dapat diselesaikan,” titah baginda yang disiarkan di laman facebook rasmi

Baginda bertitah demikian selepas menerima mengadap Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad; Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Azmi Rohani dan Penasihat Undang-Undang Johor, Amir Nasruddin pagi tadi.

Dalam kenyataan sama baginda turut menerima mengadap Pengarah Kesihatan Johor, Datuk Dr Aman Rabu bagi mendapatkan laporan keadaan pendemik virus COVID-19 di Johor.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top